Bab 3 : Tamadun Melayu

 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Islam di alam Melayu merupakan suatu elemen yang sangat penting dan signifikan dalam perkembangan tamadun Melayu. Islam jelas mempengaruhi perkembangan tamadun Melayu. Ini dapat dilihat dalam sejarah kedatangan Islam dan perkembangannya di rantau ini.

i. Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
    Terdapat 3 teori yang dihubungkan dengan kedatangan Islam ke alam Melayu iaitu:
                 (a)  Kedatangan Islam dari Tanah Arab
                 (b)  Kedatangan Islam dari India
                 (c)  Kedatangan Islam dari China

              Sebelum kedatangan agama Islam, tamadun-tamadun Melayu yang terawal
dipengaruhi oleh agama-agama Hindu dan Buddha. Agama-agama Hindu dan Buddha
telah menghasilkan tamadun-tamadun Melayu yang berlainan dan berlawanan. Sentiasa
terdapat persaingan antara tamadun-tamadun Melayu yang beragama Hindu dengan
tamadun-tamadun Melayu yang beragama Buddha untuk menguasai laluan perdagangan.
Tamadun-tamadun Melayu yang terawal tidak berasaskan kepada kedua-dua agama
tersebut, dan oleh yang demikian, tidak mampu untuk menguasai perdagangan di
kawasan ini. Kemunculan agama Islam mengubah bentuk-bentuk tamadun Melayu dan
memaksa orang-orang Melayu untuk memeluk agama Islam bagi membolehkan mereka
menguasai perdagangan di kawasan ini.





ii. Faktor Penyebaran Islam Di Asia Tenggara


Terdapat beberapa faktor penting yang menyebabkan penyebaran Islam berlaku di Asia Tenggara. Antaranya ialah:


             (a) Perdagangan
             (b) Perkahwinan
             (c) Pengislaman raja dan golongan bangsawan
             (d) Kelahiran kerajaan dan empayar Islam
             (e) Peranan pusat kebudayaan
             (f) Peranan golongan mubaligh,ulama dan ahli sufi
             (g) Keistimewaan ajaran agama Islam