Bab 4 : Tamadun India


                          PETA 1 : Peta India yang bersempadan dengan Pakistan, China, Nepal, Bhutan, Bangladesh dan Myanmar di utara dan Sri Lanka di selatan


India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan. Pergunungan Vindhya menjadi sempadan yang memisahkan antara India Utara dan India Selatan.

Pengenalan Tentang Orang Indo-Arya

  • Pada tahun 2000 Sebelum Masihi (S.M.), kawasan di antara Asia Tengah dengan Poland diduduki oleh kaum Arya yang berbadab tinggi dan bermuka panjang.
  • Mereka menternak kuda dan binatang lain serta terlibat sedikit dalam aktiviti pertanian. Mereka juga memakan daging lembu, minum arak serta berniaga kulit dan lembu untuk dijadikan alat pertukaran.
  • Antara tahun 2000-1500 S.M.,mereka berpindah dari kawasan-kawasan ini bukan sahaja kerana kekurangan rumput bagi ternakan mereka tetapi kerana tekanan populasi.
  • Akibatnya, mereka berpindah ke kawasan barat, timur dan selatan serta menakluki dan berkahwin, di samping menyebar budaya mereka serta menyerap kebudayaan tempatan.
  • Bukti bahawa orang Arya telah tinggal di Iran sebelum memasuki India dapat dilihat daripada bahasa Sanskrit yang rapat hubungannya dengan bahasa Iran, terutama bahasa Parsi lama dan bahasa Avesta.
  • Peradaban Indo-Arya berkembang menjadi peradaban Hindu yang meliputi kawasan Indus, Punjab, sempadan Afghanistan, Sungai Saraswati, Yamuna dan Ganges.
Ciri-Ciri Peradaban India dan Jangka Hayat


                                                 Peradaban Lembah Hindus
> Peradaban Lembah Hindus (Mohenjo-Daro dan Harappa)
  • Penemuan arkeologi membuktikan sekitar 3000 S.M., masyarakat di Lembah Hindus sudah mencapai suatu tamadun yang tinggi iaitu lebih kurang sama dengan zaman serta pencapaian tamadun-tamadun purba seperti Mesir, Assyria dan Babylonia.
  1. Agama
  • Salah satu penemuan yang menunjukkan konsep kerohanian masyarakat di Lembah Hindus ialah sebuah mohor. Gambar pada mohor itu menunjukkan seorang manusia bertanduk tiga duduk bersila seolah-olah membuat yoga.
     2. Masyarakat dan Budaya Indo-Arya
  • Ketika orang Arya memasuki India, sudah wujud pembahagian kelas dalam struktur masyarakat mereka. Mazmur-mazmur awal dalam Rig Veda menyebut tentang Ksatria (bangsawan) dan Vis (golongan biasa) dalam sistem kerajaan bercorak aristokratik.
    3. Ekonomi
  • Perdagangan sangat meluas dan terdapat pelabuhan penting seperti Bhrgukaccha dan Tamralipti untuk memunggah bijih timah, besi, perak, emas, tembaga, hasil hutan, kayu dan gajah merupakan harta kerajaan yang sentiasa menjaga pertumbuhan ekonomi negara. 
    4. Politik
  • Raja pada zaman ini bukanlah seorang yang autokratik kerana mereka menghormati beberapa prinsip demokrasi, misalnya suara rakyat dalam pemilihan raja, peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan ke atas kuasa raja semasa pertabalan, kebergantungan raja kepada menteri-menteri serta kawalan yang dikenakan oleh dua buah badan atau majlis, iaitu Sabha dan Samiti.
Faktor Kelahiran Tamadun

1. Agama Zaman Vedik
  • Pengetahuan tentang agama orang Indo-Arya diperoleh daripada karya-karya Veda, terutama Rig Veda yang mempunyai 1028 mazmur dan dianggap sebagai kitab agama yang tertua di dunia.
2. Penyembahan Dewa Dewi dan Upacara Pengorbanan
  • Dewa dewi dibahagikan kepada tiga peringkat dunia iaitu angkasa seperti Dyaus (langit), Surya (matahari), dewa udara seperti Indra (petir dan kilat) dan Vayu (angin).
  • A.B.Keith, seorang cendekiawan Sanskrit menegaskan bahawa pengorbanan diadakan sebagai pemberian hadiah kepada dewa dewi dan sebagainya untuk mendapatkan kurnia.
3. Falsafah dalam Tamadun India
  • Falsafah Vedik mementingkan lima konsep iaitu Brahman (roh duniawi), Atman, Karma, Moksha dan Samsara.
4. Doktrin Buddhisme 
  • Pengasas doktrin ini ialah Siddharta Gautama Buddha. Siddharta 566 S.M. ialah nama yang diberi oleh ibu bapanya. Gautama pula ialah nama keluarga (gotra) dan Buddha pula menandakan seseorang manusia yang mencapai kesedaran kerohanian yang sempurna.
5. Ajaran Agama Buddha
  • Ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan.