Monday 4 July 2011

Bab 1 : PENGENALAN ILMU TAMADUN

Pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 Masihi (1332-1406 M) melalui kitabnya iaitu Mukaddimah. Ibn Khaldun menggunakan latar belakang sejarah sebagai asas memahami realiti masyarakat, bangsa dan umat. Beliau berjaya mengeluarkan pelbagai teori yang menjadi panduan untuk umat yang akan datang. Untuk mendalami lagi apa sebenarnya tamadun, kita perlulah mengetahui konsep tamadun itu sendiri, ciri-cirinya serta bagaimana sesebuah tamadun itu lahir dan berkembang sehingga kini.


Ibn Khaldun

Apa itu Tamadun?






Bahasa Malaysia : Peradaban, Tatasusila, Kemajuan, Pembangunan
Bahasa Inggeris  : Civilization, Culture, Renaissance, Urbanization
Bahasa Arab      :  'Umran, Hadharah, Madinah, Madaniah, Tamadun


Berdasarkan istilah di atas, istilah yang mula digunakan untuk maksud tamadun ialah 'umran. Tokoh yang menggunakan ialah Abdul Rahman Ibnu Khaldun. 'Umran bermaksud membangun dan memakmurkan bandar.


Ciri-ciri Sebuah Tamadun


Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan sarjan Islam.


Menurut Lucien Goldman, unsur yang menjadi perbezaan antara sesebuah tamadun ialah pandangan semesta (world view). Tamadun manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada 4 ciri utama:
  • Tamadun Materialistik
  • Tamadun Intelektual
  • Tamadun Mistik
  • Tamadun Berasaskan Wahyu


Darcy Roberio pula memberikan 9 ciri tamadun yang masih berada dalam proses perkembangan iaitu:


  • Berakhirnya corak hidup nomad
  • Aktiviti pertenakan dan pengkhususan kerja
  • Pertumbuhan kota dan negara, wujud status sosial
  • Penggunaan sistem pengairan secara meluas
  • Penciptaan berteknologi
  • Revolusi perternakan
  • Revolusi perdagangan
  • Revolusi teknologi 
  • Revolusi perindustrian


Bagi sarjana Islam iaitu Ibn Khaldun,beliau menyenaraikan lima ciri bagi 'umran iaitu,

  • Pegangan agama yang tinggi dan kuat
  • Sistem kenegaraan yang tersusun rapi
  • Kehidupan cara bandar
  • Pencapaian kaedah penulisan yang tinggi
  • Kepakaran dalam bidang seni lukis dan seni reka
Hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa mempunyai pertalian yang rapat lebih-lebih lagi terhadap agama itu sendiri. Kita akan dapat lihat di bab seterusnya bagaimana hubungan tamadun Islam, Cina dan India dengan kaitkan kepada agama, budaya dan bangsa.


Kelahiran dan Perkembangan Tamadun

  1. Tamadun awal bermula di lembah-lembah sungai kerana manusia berhijrah dan membina penempatan serta menjalankan aktiviti pertanian. 
  2. Faktor-faktor yang mendorong kepada kemunculan tamadun-tamadun dunia:
  • Kedudukannya yang strategik
  • Rangsangan keagamaan dan keharmonian
  • Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai terpuji
  • Kesengsaraan hidup
  • Tolenrasi yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji
  • Perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi dalam kegiatan kehidupan mereka
  • Politik yang kukuh (faktor utama yang menentukan jangka hayat sesebuah tamadun)
  • Ekonomi
  • Interaksi antara tamadun


Tamadun Dunia Terawal k.3500-1500 SM: Mesopotamia, Mesir, Crete, Indus dan Shang



Faktor-faktor Kelemahan dan Kejatuhan Tamadun

  1. Wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan miskin
  2. Berleluasa penindasan dan kezaliman
  3. Wujud sikap tertutup
  4. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran
Persamaan dan Perbezaan Tamadun

       Tamadun-tamadun yang lahir di dunia ini mempunyai latar belakang yang tersendiri maka terdapat begitu banyak persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat dari segi konteks teologi dan etika sebagai contoh persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta. Hinduisme pula sebaliknya,menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam,Kristian dan Yahudi. Dari segi persoalan etika,terdapat tujuh perbezaan dan persamaan antara tamadun iaitu alam sekitar, keluarga, komuniti, kerajaan, kegiatan ekonomi, pendidikan dan kesihatan.


No comments:

Post a Comment