Bab 5 : Tamadun China

Dinasti Xia merupakan dinasti pertama memerintah secara dinasti

  • Orang Cina sama ada di negara China mahupun di daerah lain di bahagian timur Asia dipercayai berasal daripada keturunan bangsa Monggol.
  • Orang Cina merupakan salah satu bangsa yang mencapai peradaban yang paling awal.
  • Tamadun China merupakan salah satu tamadun terawal di dunia. Peradaban yang mula-mula di negara China ialah di Sungai Kuning di utara, kira-kira 4000 hingga 2000 Sebelum Masihi.
  • Raja China yang pertama ialah Huang Di, kira-kira 2697 Sebelum Masihi. Beliau dianggap pemimpin yang berwibawa dan terkuat di Lembah Sungai Kuning sehingga mendapat gelaran Maharaja Kuning.
  • Selepas itu, beliau diganti oleh Raja Chuan Hsiu Ku-Yao dan seterusnya Raja Yu.
  • Raja Yu merupakan raja yang mula-mula menjalankan pemerintahan bercorak dinasti. Beliau telah mengasaskan Dinasti Xia (2205-1766 S.M.).
  • Seterusnya wujud pula Dinasti Shang, Dinasti Han, Dinasti Sui, Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming.


Sistem Organisasi dan Institusi Sosial



Carta susun lapis masyarakat China pada zaman feudal   






Kesenian kaligrafi
  • Kaligrafi Cina merupakan seni khat menggunakan berus Cina selama 4000 tahun dalam penulisan.
  • Asas kaligrafi terdiri daripada garis dan bentuk, menekankan keharmonian,   keseimbangan, impule dan momentum semasa menulis.
  • Hurufnya mempunyai teks yang berbeza dari segi bentuk, gaya, dan pergerakan yang digelar sebagai penulisan kai, xing, cao, li, dan da zhuan. Kai dan xing ialah bentuk normal.                                                                                                                   
  • Cao dan li berbentuk cakar dan ditulis dengan cepat, da zhuan pula              bentuknya seperti tulisan Cina purba-jia gu wen (tulisan Han).




Kepercayaan Alam Sekitar 

Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan     bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.

Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang 

Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan          seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.

Kepercayaan kepada Anak Syurga 

Kepercayaan  kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Ia dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti  Chou mengamalkan  kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.

Kepercayaan kepada dewa 

Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’

Agama Buddha 

Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.

Ajaran Confuciusnisme 

Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.

Ajaran Toisme 

Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.