Bab 2 : Tamadun Islam







Konsep Tamadun Islam
  1. Perkataan tamadun yang diguna pakai dalam bahasa Malaysia berasal daripada bahasa Arab,iaitu tamadun.
  2.  Dari segi bahasa,tamadun boleh diertikan sebagai kemajuan atau peradaban.
  3. Skop tamadun Islam: 
  •  Rohani / spiritual : Pembinaan jati diri Muslim berasaskan akidah yang betul dan akhlak yang mulia.
  •  Jasmani : Perlaksanaan tugas khalifah memakmurkan dunia berlandaskan syariah sifat takwa kepada Allah S.W.T.

  Prinsip Tamadun Islam 

  1. Keimanan dan Pengabdian Diri kepada Ilahi
  • Hakikat kehidupan bertamadun dalam Islam ialah penyempurnaan tugas dan kewajipan manusia sebagai hamba kepada penciptanya.
  • Oleh itu,prinsip utama yang ditekankan dalam kehidupan bertamadun ialah sejauh mana seseorang itu beriman dan berusaha menjelmakan keimanannya itu ke alam realiti. Firman  Allah SWT yang bermaksud:

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah. (Tetapkan atas)fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan kepada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

                                                                        (Surah ar-Rum, ayat 30)
   2. Benar dan amanah
  • Antara perkara yang menjadi prinsip utama tamadun Islam ialah benar dan amanah. Benar bermakna sesuatu yang berpandukan ajaran Allah SWT seperti mana firman Allah SWT bermaksud:

Kebenaran itu daripada Tuhanmu, maka janganlah kamu menjadi seorang daripada mereka yang ragu-ragu.
                                                                                   (Surah al-Baqarah, ayat 147)

  • Setiap penganut Islam dituntut agar selalu cenderung bersikap benar sama ada dalam   fikirannya, perkataan dan tindakannya. Firman Allah SWT bermaksud:
 
Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan jadilah kamu bersama-sama orang yang benar.
                                                                                    (Surah at-Taubah, ayat 119)

  •  Kehidupan manusia di dunia juga adalah satu amanah. Tugas utamanya adalah untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Oleh itu, dalam membina kehidupan di dunia ini manusia tidak boleh lari daripada amanah yang telah dipertanggungjawabkan itu.
   3. Adil dan Saksama
  • Adil bermakna meletakkan segala sesuatu sesuau pada tempatnya. Setiap orang perlu sedar bahawa mereka dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T di akhirat kelak terhadap apa sahaja yang mereka lakukan di dunia ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

             Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin. Masing-masing kamu                        akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kamu pimpin...
                                                                         
                                                                                       (Hadis riwayat Ibn Umar)
  • Manusia diperintahkan supaya sentiasa berlaku adil dalam setiap tindakannya seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:
                Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat                             kebaikan,memberi kepada kaum kerabat,mencegah daripada perbuatan                      keji dan mungkar serta permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu
                 agar kamu mendapat pelajaran.

                                                                                        (Surah an-Nahl, ayat 90) 

Sumber-Sumber Tamadun Islam

  1. Al-Quran: Firman Allah SWT dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril a.s., diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya merupakan suatu ibadat.
    (a) Ajaran yang terkandung dalam al-Quran:
  • persoalan akidah
  • peraturan hidup (syariah) yang meliputi: 
         - hubungan manusia dengan Pencipta
         - hubungan manusia sesama manusia 
         - hubungan manusia dengan alam
  • persoalan akhlak:
         - anjuran berbuat baik
         - larangan melakukan perkara mungkar
              
   2.  Al-Sunnah: Segala perkataan, perbuatan, dan pengakuan Nabi Muhammad SAW.
                         Fungsinya sebagai pentafsir kapada al-Quran, dalam sial-soal:
  • pelaksanaan kehidupan beragama
  • pelaksanaan syariah Islam 
  • pelaksanaan akhlak dan kehidupan bertatasusila
  3. Ijtihad: Penetapan hukaum syarak oleh para ulama mujtahidin terhadap sesuatu 
                  perkara baharu yang terjadi dalam kehidupan umat Islam.

4. Tamadun lain yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.


Faktor Kelahiran Tamadun Islam

  1. Dorongan ajaran Islam
      > Menuntut ilmu adalah wajib dalam Islam
      > Wahyu pertama diturunkan(Iqra’) ialah simbol kepentingan belajar.

Faktor-faktor Kecemerlangan

1.Kemantapan ilmu
2.Pemerintah yang bertakwa dan bijaksana.
3.Sumber ekonomi yang luas dan banyak.
4.Keadilan politik yang stabil
5.Kegiatan keilmuan yang meluas.
6.Keadaan yang menyeluruh
7.Pertahanan negara yang kukuh.
8.Prasarana yang sempurna
9.Keterbukaan kepada tamadun-tamadun yang lain.

Faktor-Faktor Kemerosotan

1.Pemerintah yang lemah
2.Banyak penyelewengan dan keruntuhan akhlak
3.Sumber ekonomi yang terhad.
4.Kegiatan keilmuan yang tidak berkembang.
5.Ancaman musuh luar.
6.Bencana alam.
 
Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Dunia

    1. Tamadun Islam telah berjaya mengubah :
  a) corak dan budaya hidup masyarakat Arab pra-Islam
  b) geopolitik dunia
    2.Penduduk Tanah Arab yang terdiri daripada pelbagai bangsa, rumpun etnik dan keturunan berjaya disatukan dengan ikatan akidah dan ukhwah Islamiah.
    3.Sepanjang sejarah kegemilangan tamadun Islam, umat telah menempa 
satu sejarah tamadun kemanusiaan yang amat mengagumkan meliputi
aspek politik, sosioekonomi dan ilmu pengetahuan.
    4.Islam telah melahirkan ramai ilmuan serta cendekiawan tersohor Islam seperti:
Al Zahrawi

Al-Razi

Ibn Sina
Jabir b. Hayyan